Friday, December 30, 2016

#MFYES2016 YEAR END SALE MUSLIMFLAVA MULAI 30 DISEMBER 2016 HINGGA 1 JANUARI 2017

Alhamdulillah kali ni Muslimflava dapat buat Year End Sale dengan kolaborasi dengan hampir kesemua vendor di Muslimflava. Semuanya berlumba-lumba nak beri yang terbaik buat #flavalous..antara vendor yang mengikuti #MFYES2016 adalah seperti berikut:

@kakcheria_closet
@3dees_collection
@enbiscarf_official
@babyanashop
@charite.my
@khailily.official
@carissaworld
@babyshopmommies
@moraessential.stockist
@kerudungharlina
@anggun_instyle
@rayyaqasehgold
@ellfie.fame.putrajaya
@mahadewimalaysia
+Baby Eats By JustLixa
@nashahannah_by_muslimflava
@chomelscarves
@guzelcouture
@caryaieraofficial 

Yang bestnya #MFYES2016 kali ni bersekali dengan ulangtahun kedua Muslimflava dan ulangtahun kelahiran #Madamozel Sharifah Balkiah yang merupakan Founder Muslimflava. Antara yang menarik adalah seperti berikut: 

*hadiah percuma dengan setiap pembelian sepanjang tempoh Y.E.S berlangsung;

*cabutan bertuah;

* perkongsian tips membuat product placement oleh Madamozel bersama vendor yang telah 2 tahun bersama Muslimflava; dan




*pelbagai diskaun menarik dan hadiah percuma yang diberikan oleh vendor #muslimflavafamilia kami.

Kat bawah ni ada gambar-gambar promosi yang menarik untuk tatapan anda semua.

Jemput datang tau!!!



































Ikhlas 
Muslimflava





Tuesday, December 13, 2016

Cabaran-cabaran bagi peniaga online atau part time business owners

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua!!

Ramai yang minta Muslim Flava list down kan cabaran-cabaran yang biasa dihadapi oleh peniaga online ataupun part time business owner. Bagi yang bercadang untuk memulakan perniagaan secara online, anda akan berasa sedikit gusar akan risiko-risiko yang bakal dihadapi. Jangan risau..sekiranya anda benar-benar bersemangat untuk berniaga, segala cabaran akan dapat dilalui dengan tabah. Sewaktu ingin memulakan perniagaan, pasang niat anda...of course la niat yang baik-baik kan...jangan pulak pasang niat nak meniaga tapi tujuannya ke arah yang tidak baik...huiiii..mintak simpang...macam mana Allah SWT nak makbulkan..betul tak?


So, #madamozel ada titipkan melalui live video di facebook https://www.facebook.com/muslimflava/ tentang cabaran-cabaran yang kebiasaannya dihadapi oleh peniaga online atau part time business owner..di sini kami jelaskan sikit lah apa yang dimaksudkan oleh #madamozel pada 13 Disember 2016 menerusi live fb di atas.

CABARAN

i. Sukar nak close sale dengan pelanggan

Isu sukar close ni bukan sebab apa tau..sebab customer xnampak barang secara fizikal..so susah nak explain dari segi warna, texture dan sebagainya..kebanyakan masa pelanggan akan request untuk ambil gambar..tapi dalam gambar faktor pencahayaan mungkin mengganggu rupa sebenar barang yang dijual tersebut.

ii. Sukar nak buat marketing
Tiada kesempatan masa untuk buat facebook marketing atau instagram marketing. Maklumlah   siang kerja dan malam pulak sebok nak COD barang sudahnya dah letih dan xsempat nak buat marketing..ini bahaya!sebab marketing adalah cara utama  untuk buat pelanggan sentiasa kembali kepada anda.

iii. Sukar nak manage kewangan
Ni pun kes bahaya..dapat duit dari customer...pegang dulu..sudahnya terpakai buat belanja beli barang dapur...hihi...nayaaaaa...macam mana nak restock barang lepas tu yang oiii...

iv. Sukar nak buat penghantaran barang
Kawasan untuk penghantaran mungkin luas contohnya seperti di Shah Alam..berapa banyak Seksyen yang anda nak cater???nak kejar ke pejabat pos lepas balik kerja??haaa...sapa pernah tekan pedal minyak kete semata-mata nak kerja hantar barang kat pos laju..angkat tangan??hihihi...kita pun pernah la...hohoho

v. Sukar handle customer
Ni pun kes naya...dah reserve barang untuk customer A ni...last piece nih...habeh customer lain awak buat xlayan...sebab bajet dah secure sorang ni kan..sudahnya customer A buat sonyapppp...huhu...menanges oi..hihi..ada x yang customer message suh bagi gambar ni gambar tu sudahnya...krik..krik..jangan frust naaa..hihi

So..tu lah antara serba sedikit gambaran cabaran yang bakal dihadapi ataupun yang sedang dihadapi peniaga-peniaga online ataupun part time business owner...nanti kami share lagi macam mana nak hadapi masalah tersebut ya!!Selamat berniaga!

So much love!
MUSLIMFLAVA


Monday, December 12, 2016

Sekitar 2 tahun butik Muslim Flava beroperasi di Ayer@8 Putrajaya

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Illahi kerana berkat limpah kurnia dan rahmatnya Muslimflava kini menganjak ke tahun kedua operasi!!!

Terima kasih yang tidak terhingga kami kepada vendor-vendor kami terutama sekali bagi vendor yang telah dua tahun bersama Muslim Flava. Inshaallah sekiranya ada kesempatan dalam post yang lain kami akan perkenalkan mereka.

Bagi yang masih belum mengenali Muslim Flava..jangan risau...tiada kesentapan di sini..mungkin marketing kami masih belum power sebab tu kami masih belum tertancap di hati anda..hihi

Segalanya bermula dari impian...selama 3 bulan #madamozel Sharifah Balkiah memerhatikan signage kedai untuk disewa di unit A2-1-2, Promenade Ayer@8, 62300 Putrajaya.

Budget pun tak berapa nak ada...tapi nak bukak butik..tu yang menung lama tu...sesungguhnya aturan Allah SWT adalah yang terindah...siapa sangka seorang dari latar belakang sederhana sahaja mampu membuka butik di Ayer@8, Putrajaya dengan hanya berbekalkan impian dan keazaman.

Masya Allah...kini, setelah 2 tahun beroperasi..Muslim Flava mempunyai sekitar 50 vendor sebulan dan telah menyampaikan khidmat kepada lebih 200 vendor..segalanya mungkin dengan izin Allah SWT..Inshaallah..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga, sahabat, rakan niaga, vendor dan pelanggan setia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Muslim Flava.

Sesungguhnya tanpa anda semua tiadalah MUSLIM FLAVA!!! Hanya Allah SWT dapat membalas segalanya..Jangan lupa teruskan menyokong instagram Muslimflava dan facebook Muslimflava ya!

Salam sayang

Madamozel